Tolonglah, jangan rahsiakan penyakit kerana risau tak dapat tawaran - Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

Tolonglah, jangan rahsiakan penyakit kerana risau tak dapat tawaran – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menasihatkan rakan-rakan industri seni untuk tidak merahsiakan masalah kesihatan kerana risau bakal kehilangan tawaran kerja.

Fazley mempersoalkan jika terdapat segelintir penerbit dan produser enggan menawarkan kerja kepada penggiat seni sehingga ada yang terpaksa merahsiakan penyakit kerana risau.

“Terpaksa rahsiakan penyakit kerana takut hilang tawaran. Terlalu pedih ayat ini untuk ditelan.

“Adakah penerbit atau produser kini telah menjadi terlalu jumud pemikiran mereka sehingga ramai sahabat seindustri terpaksa ‘buat-buat sihat’ agar terus mendapat rezeki yang halal?

“Ini perlu dihentikan. Tolonglah sahabat semua, janganlah sampai pemergian mengejut sahabat kita berlaku lagi atas alasan sama, rahsiakan penyakit kerana risau tak dapat tawaran,”ujarnya.

Penyanyi Asmara Ini itu berkata demikian menerusi satu hantaran di media sosialnya hari ini.

Semalam, anak pelakon, Allahyarham Ridzuan Hashim, Muhammad Dhanial mendedahkan bapanya terpaksa merahsiakan penyakit jantungnya sejak tiga tahun lalu.

Dakwa Dhanial, tindakan itu terpaksa dilakukan kerana bapanya khuathir tidak menerima sebarang tawaran berlakon jika masalah kesihatannya diketahui umum.

Dalam pada itu, Fazley turut mempersoalkan sekiranya ada dalam kalangan mereka yang menawarkan kerja pernah memberi amaran untuk tidak mengambil penggiat seni yang mempunyai masalah kesihatan.

“Mencari sesuap nasi tak seharusnya membebankan mereka yang sememangnya uzur. Apatah lagi jika itu merupakan mata pencarian utama seseorang.

“Atau mungkin ada di kalangan mereka yang ‘memberi kerja’ , secara rahsia telah memberikan amaran ‘kalau dia ada penyakit jangan tawar kerja, nanti menyusahkan semua orang!’ Wallahualam,” soalnya.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat bersetuju dengan pendapat penyanyi Bila April itu dan ada yang berkongsi pengalaman mereka melalui situasi yang sama.

“Saya sendiri perlu rahsiakan penyakit, untuk mencari sesuap nasi. Apa pilihan saya ada, tak larat macam mana pun saya terpaksa buat. Takut nanti nampak sakit dan majikan pula tahu,” kongsi seorang pengikutnya.

“Rasanya bukan dalam industri seni sahaja, mana-mana bidang sekali pun, tetap ada majikan yang berfikiran sebegitu,” komen seorang lagi pengikut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya