TNB beri perkhidmatan cemerlang, perkasa komuniti

TNB beri perkhidmatan cemerlang, perkasa komuniti

FATHIAH NASUHA LUKMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Responsif, perkhidmatan profesional dan menyumbang kepada pembangunan modal insan.

Itu antara reaksi rakyat terhadap kualiti kerja dan komitmen Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam mewujudkan sebuah komuniti yang sejahtera, lestari dan mapan.

Seorang kakitangan swasta, Fathiah Nasuha Lukman, 30, berkata, syarikat tenaga itu sentiasa memberikan maklum balas segera apabila diperlukan seperti ketika terputus bekalan elektrik.

Katanya, sikap profesional kakitangan TNB turut memudahkan segala urusan orang ramai khususnya semasa mengemukakan aduan atau pertanyaan berhubung bil elektrik.

“Sebaik sahaja aduan diterima, kakitangan TNB akan datang untuk mengenal pasti masalah dan membaiki kerosakan dengan segera. TNB juga memanfaatkan media sosial untuk membuat hebahan sekiranya berlaku gangguan elektrik di sesuatu kawasan.

“Selain itu, urusan semakan dan menjelaskan bil menjadi lebih mudah dengan aplikasi myTNB. Saya tidak perlu pergi dan menunggu giliran di pejabat pos atau Kedai Tenaga untuk membuat pembayaran,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.


MUHAMMAD SYAMIM KAMSOL

Sementara itu, seorang pembantu penyelidik, Muhammad Syamim Kamsol, 26, berkata, Program Protégé Ready To Work TNB menyumbang kepada pembangunan modal insan di negara ini.

Menurutnya, inisiatif berkenaan berupaya meningkatkan potensi kebolehpasaran serta kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian.

“Selain perkhidmatan teras yang cemerlang kepada komuniti, TNB turut memberi peluang khususnya kepada graduan B40 dan M40 yang belum mendapat pekerjaan untuk menimba pengalaman kerja bersama mereka.

“Pengalaman yang diperoleh itu menjadi nilai tambah kepada graduan di samping membuka mata majikan terhadap potensi yang dimiliki,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya