Tiga penyamun aktif sejak awal tahun diberkas

Tiga penyamun aktif sejak awal tahun diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tiga remaja yang aktif menyamun dan pecah kedai sekitar daerah Kota Setar sejak awal tahun ini akhirnya berjaya diberkas polis, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, kesemua suspek itu dipercayai terlibat dalam tujuh kes melibatkan samun berkawan, pecah kedai (dua kes) dan curi (dua kes).

“Tangkapan pertama pada pukul 8 pagi di tepi jalan membabitkan suspek utama yang berusia 20 tahun yang disyaki terlibat dalam jenayah samun. Susulan itu, dua lagi suspek berusia 22 dan 18 tahun ditahan berasingan di rumah masing-masing. 

“Turut dirampas ketika tangkapan dilakukan adalah kenderaan serta peralatan yang digunakan semasa melakukan aktiviti jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau, hasil ujian urin ketiga-tiga suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan hukuman sebatan.

“Reman lima hari diperoleh untuk dua suspek berusia 22 dan 18 tahun, sementara suspek pertama akan dipohon reman untuk kes lain. Ketiga-tiga suspek merupakan rakan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya