Tiga hotel di Melaka terbiar sejak pandemik Covid-19

Tiga hotel di Melaka terbiar sejak pandemik Covid-19

HOTEL Equatorial di Banda Hilir, Melaka masih belum dibuka sejak ditutup ekoran pandemik Covid-19 pada 2020. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua hotel lima bintang dan sebuah lagi tiga bintang di negeri ini terus terbiar dan tiada tanda-tanda untuk dibuka semula selepas ditutup empat tahun lalu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, ketiga-tiga hotel berkenaan menutup operasi masing-masing ketika negara dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada pihak pengurusan baharu yang mungkin akan mengambil alih untuk membuka semula hotel terlibat.

Katanya, hotel-hotel terlibat adalah Hotel Renaissance Melaka (dahulu dikenali Hotel Ramada Plaza Melaka), Hotel Equatorial dan Hotel Emperor.

“Setakat ini hanya tiga hotel tersebut sahaja menjadi bangunan terbiar di kawasan pentadbiran MBMB. Kita sedia membantu memudahkan urusan jika hotel tersebut akan dibuka semula daripada segi permohonan lesen dan permit untuk melakukan kerja-kerja baik pulih,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Hotel Renaissance Melaka yang mempunyai 294 bilik menutup operasi akibat pandemik Covid-19 pada 30 Jun 2020, dikuti Hotel Emperor dengan 228 bilik ditutup pada Mei 2020 dan Hotel Equatorial berusia 22 tahun pada 30 Jun 2019.

Shadan berkata, penutupan ketiga-tiga hotel itu telah menyebabkan berlakunya kekurangan penginapan di Melaka khususnya pada waktu cuti sekolah dan cuti hujung tahun.

Selain itu, beliau mengakui, bangunan yang terbiar itu mencacatkan pemandangan kerana terletak di kawasan tumpuan pelancong di Banda Hilir.

“Saya berharap jika ada pengurusan baharu mengambil alih hotel tersebut, pihak pengurusan baharu kena maklumkan awal kepada pihak MBMB untuk kita menyelaras apa yang perlu bagi membantu mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya