Tiada solat khusuf susulan Gerhana Bulan Penumbra malam ini

Tiada solat khusuf susulan Gerhana Bulan Penumbra malam ini

TANGKAP layar infografik daripada Mysa mengenai fenomena Gerhana Bulan Penumbra di seluruh Malaysia lewat malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini tidak perlu melaksanakan solat sunat khusuf kerana kejadian Gerhana Bulan Penumbra bukanlah termasuk situasi disyariatkan Islam.

Perkara berkenaan diperjelaskan pakar falak tanah air, Shahrin Ahmad yang turut merujuk isu kekeliruan itu dengan menghubungi sendiri beberapa tokoh agama terkenal tempatan.

“Saya ada bertanya guru falak Al-Fadhil Ustaz Faizal dari Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Perak yang mengesahkan tidak perlu kerana bulan cuma dalam fasa penumbra,” katanya.

Menerusi hantaran dalam laman sesawang rasmi dikendalikannya, Falak Online, beliau mengakui ada tidak tahu gerhana ketika penumbra adalah tidak sama dengan fasa umbra.

Lewat malam ini, penduduk Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra dengan jelas di seluruh negara bermula pukul 11.14 malam sehingga 3.33 pagi keesokan.

Ia disahkan Agensi Angkasa Malaysia (Mysa), namun kenampakan gerhana itu adalah amat sukar jika dilihat terus dengan mata kasar kerana isu bayang-bayang samar dari bumi.

Situasi ini menjadikan bulan kurang gelap berbanding ketika melintasi bayang-bayang umbra bumi malahan mungkin ramai tersilap menyangka itu cuma imej bulan purnama biasa.

Mengulas lanjut, Shahrin yang juga Ahli Jawatankuasa Falak Kerajaan Selangor berkata, beliau juga ada merujuk isu itu kepada Dr. Ahmad Irfan dari Universiti Malaysia Pahang.

“Pensyarah ini yang juga Ahli Jawatankuasa Falak Kerajaan Pahang berkata solat khusuf cuma disunatkan untuk tempat yang lihat gerhana penuh atau separa sahaja,” katanya.

Sementara itu, hantaran infografik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) sebelum ini turut memaklumkan tiada solat sunat gerhana jika hanya melibatkan fasa penumbra.

Agensi tersebut bahkan berkata, Gerhana Bulan Penumbra masuk dalam kawasan bayang-bayang bumi sahaja yang memang tidak gelap dan hampir mustahil dilihat mata kasar.

Keadaan kesan akibat penumbra itu akan menyaksikan warna permukaan bulan cuma akan mengalami sedikit perubahan daripada imej putih bersinar kepada putih suram sahaja.

Keadaan berkenaan disebabkan bulan itu berada dalam kedudukan hampir sejajar dengan bumi dan matahari tetapi belum lagi memasuki kawasan umbra bumi yang lebih gelap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya