Tiada komunikasi dengan Diana, tapi dalam hati siapa tahu -Farid Kamil - Utusan Malaysia

Tiada komunikasi dengan Diana, tapi dalam hati siapa tahu -Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Farid Kamil, 42, mengakui masih tiada apa-apa komunikasi antaranya dan isteri, Diana Danielle, 32, namun positif agar keluarganya dapat bersatu kembali.

Walaupun prosiding Sulh yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini berjalan lancar, namun masih tiada kata sepakat dapat dicapai oleh kedua-dua pihak.

“Semua berjalan dengan lancar, namun kami masih tidak dapat kata putus. Saya akan terus berusaha menyelamatkan keluarga saya, anak-anak dan isteri.

“Saya hanya dapat melihatnya dari ekor mata. Tiada komunikasi secara berdepan (antara Farid dan Diana) tapi dalam hati siapa yang tahu,” kata Farid ketika ditemui Utusan Malaysia selepas prosiding Sulh untuk isu hadanah induk di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

Sementara kes masih di dalam perbicaraan, mahkamah mengarahkan Farid untuk menghantar surat lima hari sebelum berjumpa anaknya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

“Itu adalah perintah mahkamah. Saya harus hormat dan selesa dengan perkara tersebut,” tambahnya.

Diana tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini bagi prosiding kes hadanah induk sekitar jam 2:12 petang tadi.

Namun pelakon Imaginur itu enggan memberi apa-apa komen dan hanya menunjukkan tanda ‘love’ dalam senyuman kepada pihak media.

Sebelum ini, Diana memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.


Namun, Farid enggan melafazkan cerai dan Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak kepada Diana yang membuat permohonan hadanah sebelum in

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya