Tiada keperluan bentang usul persendirian Anti Lompat Parti

Tiada keperluan bentang usul persendirian Anti Lompat Parti-Speaker DUN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiada keperluan membentangkan usul persendirian mengenai Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang bermula pada 22 Mei ini.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M.Yahya berkata, kerajaan akan membentangkan RUU Anti Lompat Parti pada masa yang akan ditentukan kemudian.

“Kalau kerajaan sedia untuk bentang maka, ia akan dibentangkan tapi, kalau mereka tidak sedia atau tidak sempat bentang pada sidang ini mungkin kita akan mengadakan satu sidang khas pasal RUU ini.

“RUU pindaan Perlembagaan ini mungkin tidak cukup jika diadakan sehari jadi, kalau ada RUU Anti Lompat mungkin kita akan adakan sidang khas sekiranya tidak diadakan pada sidang kali ini,” katanya dalam sidang akhbar di DUN Sabah hari ini.

Menurutnya, beliau telah melihat usul persendirian yang telah dihantar oleh Ketua Pembangkang DUN, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal namun, perkara itu diserahkan kepada kerajaan.

“Kerajaan akan bentangkan RUU Anti Lompat Parti jadi, memandangkan kerajaan akan bentang jadi, saya tidak lihat keperluan untuk usul persendirian dibentangkan (kali ini),” katanya.

Sebelum ini, Presiden Parti Warisan (Warisan), Mohd. Shafie berkata, sekiranya kerajaan negeri tidak mahu membentangkan RUU Anti Lompat Parti pada persidangan DUN kali ini maka, beliau akan membentangkan usul persendirian.

Dalam pada itu, Kadzim berkata, pada persidangan DUN yang akan berlangsung 22 hingga 25 Mei ini, tiga RUU akan dibentangkan yang membabitkan pindaan kecil dan tidak mengambil masa yang panjang.

Menurut beliau, tiada perubahan pada etika pakaian Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari segi pemakaian tali leher.

“Saya kekalkan decorum saya. Dalam masa setahun berapa kali sahaja kita memakai sut jadi, apa masalahnya. Namun, sekiranya sidang DUN berlarutan hingga malam, bolehlah buka tali leher sebab nampak pelik jika pukul 9 malam masih bertali leher.

“Kita beri kelonggaran bagi keadaan sebegitu tapi, kita tidak benarkan untuk tidak memakai tali leher semasa sidang DUN berlangsung,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, kedudukan ADUN Barisan Nasional (BN) akan kekal dibahagian kiri Speaker iaitu bersama-sama dengan backbenchers. Kedudukan sebelah kiri bukan hanya untuk pembangkang tetapi juga ADUN yang bukan dalam pentadbiran kerajaan.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya