Tiada jawatan guru sandaran, buka guru 'one-off' - Fadhlina - Utusan Malaysia

Tiada jawatan guru sandaran, buka guru ‘one-off’ – Fadhlina

Guru sandaran
FADHLINA Sidek (tiga, kanan) menziarah seorang bekas guru pada program itu di Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor, hari ini.- UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang mewujudkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru di seluruh negara sebaliknya menawarkan pengambilan secara ‘one-off’ yang mula dibuka pada bulan lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sebanyak 260,00 permohonan diterima menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) setakat ini, namun hanya 19,000 kekosongan yang ditawarkan bagi mengisi kekurangan guru tersebut.

“Mereka yang memohon itu diharap memenuhi kriteria ditetapkan kerana pengambilan dan penempatan guru dibuat secara one-off.

“Kita setakat ini tiada bercadang mewujudkan semula guru sandaran,” katanya ketika ditemui selepas program Ziarah Selamat Hari Raya Cikgu di Tanjong Karang semalam.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sebelum ini memohon KPM menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru termasuk di Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan kajian kesatuan itu, faktor kekurangan guru antaranya berpunca pertambahan sekolah baharu, murid dan kelas selain persaraan awal serta wajib termasuk faktor kesihatan guru.

Jelas Fadhlina, lebih 8,000 guru baharu diambil bagi pengambilan pertama pada Februari lalu.

“KPM juga membuka peluang kepada graduan universiti awam tanpa Iktisas pendidikan untuk memohon menjadi guru. Saya lihat ramai yang mahubmenjadi guru dan ia perkembangan positif terutama dalam menangani isu pengangguran selepas tamat pengajian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya