Tertembak rakan sendiri ketika memburu - Utusan Malaysia

Tertembak rakan sendiri ketika memburu

ABDUL ROZAK MUHAMMAD 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang lelaki berusia 32 tahun cedera selepas ditembak rakannya ketika keluar memburu di Hutan Rasil, Keruak di Jerteh, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, insiden dipercayai berlaku apabila kedua-dua  terpisah di huran itu sebelum rakannya tertembak mangsa menggunakan peluru penabur.

Menurut beliau, susulan itu rakan mangsa berumur 38 tahun ditahan ketika membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Jerteh, di sini, pukul 9 pagi semalam.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai buruh cedera di bahagian dada, leher, lengan dan perut

“Kami turut merampas selaras senapang patah disyaki buatan sendiri dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 iaitu menyebabkan cedera dengan senjata tanpa alasan yang sah.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000,” ujarnya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Tambah Abdul Rozak, mangsa yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

JJelasnya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 8 akta sama kerana memiliki senjata tanpa permit yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membeli, mengguna atau memiliki senjata yang boleh digunakan sebagai sama ada buatan sendiri atau senjata api sebenar tanpa permit.

“Pihak polis tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas di bawah Akta Senjata Api 1960 atau Akta Senjata Api 1971 iaitu hukuman penalti lebih berat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya