Terminal feri bakal dibuka semula - Utusan Malaysia

Terminal feri bakal dibuka semula

KEADAAN Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang yang ditutup operasinya beberapa tahun lalu akibat wabak Covid-19. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang di sini yang menjadi tumpuan warga Indonesia pulang ke kampung halaman menuju Pelabuhan Teluk Nibung di Tanjung Balai, Sumatera, akan dibuka semula.

Terminal itu ditutup semasa wabak Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Hutan Melintang, S. Wasanthee berkata, perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Menurutnya, pembukaan semula terminal feri itu memberi makna besar kerana ia mampu memberi impak ekonomi ter­utama pelancongan di daerah ini.

“Selepas ditutup beberapa tahun lalu akibat wabak Covid-19, sehingga kini ia belum dibuka semula. Namun sekarang kemungkinan akan dibuka.

“Malah ketika lawatan saya ke terminal itu pada Mac lalu, sudah ada pihak yang menguruskan penghantaran muatan dari Indonesia ke negara ini di terminal itu.

“Saya tidak pasti bila terminal feri ini akan dibuka semula. Apapun ia akan dibincangkan lebih lanjut dengan Timbalan Perdana Menteri dan saya akan memanjangkan perkara ini kepada beliau.

“Saya juga akan berbincang lebih lanjut dengan Perdana Menteri dan saya yakin beliau akan menyokong jika terminal feri ini dibuka semula,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, pembukaan semula terminal feri itu boleh menarik kedatangan pelancong terutama dari Indonesia ke daerah ini.

Beliau berkata, ini sekali gus akan memberi impak ekonomi yang besar kepada daerah ini kerana selain daripada mengendalikan kemasukan warga asing,­ terminal feri itu juga boleh menjadi tempat kapal persiaran berlabuh.

“Saya percaya jika ada peluang pekerjaan di sini, anak muda tidak akan berhijrah dan ini tentunya dapat mengukuh­kan institusi keluarga, maksudnya anak muda boleh kekal di sini menjaga ibu bapa mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya