Taska hadkan aktiviti ketika cuaca panas - Utusan Malaysia

Taska hadkan aktiviti ketika cuaca panas

PEMILIK taska mengambil keputusan untuk mengehadkan aktiviti luar susulan cuaca panas yang sedang melanda di Gua Musang, Kelantan ketika ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Rata-rata Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di sini mengehadkan anak-anak di bawah jagaan mereka daripada bermain di luar semasa cuaca panas me­lampau ketika ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pemilik taska mengambil langkah tersebut ber­tujuan mengelakkan ter­kena serangan kelesuan haba dalam kalangan kanak-kanak.

Pemilik taska, Siti Fatimah Zaharah Ahmad, 38, berkata, pihaknya perlu menitikberatkan kese­lamatan anak-anak ketika berada di dalam dan luar premis.

Katanya, taska juga memerlukan kerjasama daripada ibu bapa untuk membekalkan air kosong dan membawa pakaian lebih dan bersesuaian dengan keadaan cuaca semasa.

“Kami akan mengingatkan anak-anak supaya minum air kosong secukupnya.

“Kami hanya adakan aktiviti di dalam premis dan aktiviti luar akan dihadkan sebelah pagi,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, cabaran le­bih banyak ketika ini ke­rana keadaan cuaca yang panas menghalang aktiviti fizikal anak-anak.

Seorang lagi pendidik taska, Nurul Syafiqah Zamri, 24, berkata, dia perlu memberi perhatian yang lebih terhadap bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun.

Katanya, pendidik taska perlu menjadi lebih kreatif untuk mengelakkan anak-anak jagaan daripada meragam kerana mereka lebih suka bermain di luar premis.

“Ketika cuaca panas mereka adakalanya meminta susu lebih daripada hari biasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya