Tapak kaki harimau belang dijumpai di Bukit Berekeh - Utusan Malaysia

Tapak kaki harimau belang dijumpai di Bukit Berekeh

KESAN tapak kaki dipercayai milik harimau belang yang dijumpai di Bukit Berekeh di Sungai Siput. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan tapak kaki haiwan liar yang ditemukan di Bukit Berekeh di sini, dipercayai milik harimau.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pemeriksaan dan pemantauan di lokasi penemuan sedang dijalankan Unit Harimau Perhilitan Perak selepas menerima aduan berkaitan kehadiran haiwan itu kelmarin.

Katanya, berdasarkan kesan tapak kaki yang dijumpai, harimau itu dianggarkan berusia antara lapan ke sembilan tahun.

“Memang ada kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh di mana Unit Harimau Perhilitan Perak sedang menjalankan pemantauan di lokasi.

“Buat masa sekarang, kita mengambil langkah untuk menghalau haiwan liar itu masuk semula ke dalam hutan. Namun, jika harimau itu tidak masuk semula ke hutan dalam waktu terdekat, kita akan pasang perangkap,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai mahupun penduduk sekitar dinasihatkan agar tidak bersendirian masuk ke dalam hutan atau ladang terutama ketika hari gelap iaitu pada awal pagi dan senja.

Selain itu katanya, binatang ternakan juga hendaklah dimasukkan ke dalam kandang.

“Orang ramai diminta agar tidak memasang jerat atau melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan harimau tersebut.

“Maklumkan segera kepada kami atau pihak berkuasa jika melihat haiwan itu atau ternampak individu dan kumpulan yang memburu harimau berkenaan,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial, Facebook beberapa keping gambar tapak kaki haiwan liar dipercayai milik harimau di kawasan pendakian di Bukit Berekeh, Sungai Siput. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya