Tambah mesin pengimbas di CIQ elak sesak

Tambah mesin pengimbas di CIQ elak sesak

ONN Hafiz menerima kunjungan Ruslin selepas beliau mengadakan lawatan ke CIQ BSI, Johor Bahru pagi tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah akan dilengkapi dengan lebih banyak mesin pengimbas bagi memudahkan penumpang bas melalui proses kemasukan di pintu keluar masuk antarabangsa laluan darat itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penguatkuasaan dan penambahan bas penumpang juga akan dilakukan bagi mempercepat proses serta aliran trafik di kedua-dua pintu masuk berkenaan.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui selepas beliau melakukan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Ruslin Jusoh yang melakukan lawatan kerja di CIQ BSI pada pagi tadi.

Lebih menggembirakan, JIM akan memperkenal formula baharu pertukaran syif bagi memastikan semua kaunter imigresen di pintu keluar masuk di dua-dua pintu masuk tersebut dibuka pada waktu puncak.

“Bagi memastikan semua kaunter beroperasi pada waktu puncak, formula baharu pertukaran syif akan diperkenalkan supaya tidak akan berlaku lagi pertukaran pada waktu puncak.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Ruslin dan seluruh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Johor dalam menangani isu kesesakan di Tambak Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Ruslin memberitahu, pelaksanaan formula baharu tersebut amat penting dalam memastikan tiada kesesakan pada waktu puncak kerana tiada kakitangan di kaunter akibat pertukaran syif pekerja.

Katanya, JIM sedang meneliti formula baharu pertukaran syif 7 pagi termasuk memperkenalkan formula baharu syif ditukar di luar waktu puncak.

“Isu berbangkit di dua pintu masuk laluan darat membabitkan CIQ BSI, Tambak Johor dan KSAB di Gelang Patah, adalah isu pertukaran syif kakitangan imigresen pada pukul 7 pagi.

“Waktu puncak di dua pintu masuk laluan darat itu bermula 5 hingga 8 pagi dan pertukaran syif pada 7 pagi mampu merencatkan operasi kaunter, sekali gus menyebabkan kesesakan,” katanya.

Dalam pada itu, Onn Hafiz memberitahu, kerajaan Negeri turut menyambut baik usaha JIM yang akan menambah bilangan kakitangan dengan penempatan 100 pegawai baharu di BSI dan KSAB pada hujung bulan ini bagi menampung kekurangan kakitangan yang ada.

“Saya yakin dengan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, akan mampu menangani isu kesesakan yang berlaku di kedua-dua laluan antara Johor dan Singapura,” ujarnya.

Ketika ini, CIQ BSI kekurangan hampir 300 kakitangan bagi membolehkan agensi penguat kuasa itu melaksanakan pembukaan semua 284 kaunter secara maksimum pada waktu puncak.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya