'Tak suka Coldplay, senang sahaja jangan beli tiket'

‘Tak suka Coldplay, senang sahaja jangan beli tiket’

NGA Kor Ming selepas Majlis Jalinan Muhibbah KPKT di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemimpin Pas yang tidak menyukai kumpulan rock terkenal British, Coldplay ‘dinasihatkan’ jangan membeli tiket atau pun menonton konsert artis antarabangsa berkenaan, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Saranan itu disuarakan Kor Ming susulan hantaran yang dimuat naik oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan di laman Facebooknya yang meminta kerajaan agar membatalkan konsert kumpulan tersebut di Malaysia.

“Ini bukan sahaja tentang persembahan, tetapi ia dapat membantu pertumbuhan ekonomi.

“Jika dia tidak suka Coldplay, senang sahaja jangan beli tiket, tapi jangan halang peminat untuk pergi,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, konsert Coldplay yang dijangka berlangsung pada 22 November depan itu selaras dengan aspirasi dan perancangan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya metropolitan dengan hiburan dan persembahan.

Selain itu, katanya, usaha kumpulan ternama dari United Kingdom tersebut yang menaja mesin perangkap sampah sarap di sungai dikenali sebagai Interceptor 005 juga sepadan dengan inisiatif kementeriannya untuk membersihkan alam sekitar.

“Jangan lupa tahun 2025 adalah Tahun Melawat Malaysia, jadi kita mesti mula (mempromosi negara) dari sekarang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya