Tak salah guna kelebihan yang ada - Alisya Rashid - Utusan Malaysia

Tak salah guna kelebihan yang ada – Alisya Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Alisya Rashid, 22, menganggap statusnya yang merupakan adik pelakon terkenal, Hanis Zalikha sebagai satu kelebihan untuk memulakan karier dalam bidang lakonan.

Alisya, yang ditemui ketika pelancaran drama enam episod, Journal Sarahaeyo baru-baru ini berkata, kelebihan tersebut membantu dirinya menonjolkan bakat lakonan yang dimiliki.

“Setiap pelakon bermula dari bawah. Status sebagai adik kepada seorang pelakon adalah satu kelebihan untuk saya.

“Saya tidak nafikan memang dapat pengaruh dari kakak dan abang ipar. Malah, pengikut media sosial saya juga pengikut mereka.

“Saya tak kisah kalau ada yang melihat kelebihan ini sebagai satu unsur nepotisme. Tak salah guna kelebihan yang ada. Ia bukan perkara negatif selagi saya mampu tunjukkan yang saya berbakat,” katanya.

Alisya sebelum ini pernah meminjamkan suara bagi watak Yaya untuk drama animasi BoBoiBoy, BoBoiBoy: The Movie dan BoBoiBoy Galaxy.

Pada masa yang sama, Alisya atau nama sebenarnya Nur Sarah Alisya Rashid juga memaklumkan Hanis dan Hairul tidak pernah mendesak atau cuba campur tangan dalam menentukan hala tuju kerjayanya.

“Mereka ada beri nasihat. Tetapi lebih mahu melepaskan saya untuk belajar dan bergerak sendiri.

“Kakak juga ada menasihatkan agar saya jangan buat-buat ketika berlakon dan sentiasa hargai momen yang saya cipta dengan pelakon lain kerana ia berlaku sekali sahaja,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya