PETALING JAYA: Penyanyi, Ernie Zakri menafikan desas desus dia sedang hamil anak kedua selepas gambar seolah-olah menampakkan baby bump tular di media sosial.
Ernie berkata, keadaan perut yang depan seolah-olah baby bump itu adalah disebabkan pengambilan makanan yang banyak terutama ketika bulan Syawal.
“Come on, saya tidak mengandung, Itu disebabkan oleh makanan,” jawabnya menerusi satu ciapan di Twitter.
Sebelum ini, isteri kepada penyanyi, Syamel itu dikatakan sedang hamil anak kedua selepas baju yang dipakai ketika membuat persembahan di sebuah acara hiburan tular.
Ernie dan Syamel diijabkabulkan pada Mac 2021 dalam majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor dan menimang cahaya mata sulung, Nur Khawla Sofea pada 22 Februari tahun lepas.