‘Tak kongsi bukan sebab nak elak dengki’ - Utusan Malaysia

‘Tak kongsi bukan sebab nak elak dengki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JARANG sekali kita melihat pelakon, Julia Farhana Marin berkongsi perihal peribadi di media sosial terutama bersama suami tercinta, Che Hafiz.

Lantas tindakan itu menimbulkan tanda tanya, ada hatikah yang perlu dijaga? Atau dia takut jika ada yang dengki dan tidak senang hati melihat perkongsian mesra mereka?

Malah penampilan baharunya juga menjadi persoalan. Bila dia mula bertudung? Mengapa tiba-tiba sahaja? Jawablah mendapatkan Julia!

Tiba-tiba sahaja berkongsi gambar bertudung, ramai yang tertanya-tanya bila Julia mula memakai hijab secara serius? Ada yang keliru ingat itu untuk watak dalam drama.

Sebenarnya saya sudah empat tahun bertudung tetapi on-off. Bila masuk set, saya buka tudung. Tetapi di luar, saya pakai. Mungkin sebelum ini saya belum bersedia untuk pakai tudung secara penuh.

Saya juga ketika itu tidak mahu orang menghukum seolah-olah saya tak tahu agama. Jadi saya ambil masa, biasakan diri dahulu. Tahun ini saya betul-betul bersedia. Doakan saya supaya terus istiqamah.

Adakah ‘belum bersedia’ itu juga berpunca daripada ketakutan sekiranya tidak dapat tawaran berlakon jika umum sudah bertudung?

Sebenarnya tidaklah sebab takut tak ada tawaran. Sekarang pun ramai pelakon wanita bertudung dan masih popular. Itu bukan isunya. Saya yang belum bersedia, secara rohaninya. Malah punca pendapatan saya bukan hanya dunia lakonan. Saya masih ada sumber rezeki lain.

Julia bersedia jika penampilan bertudung ini mengundang kecaman? Terutama netizen kita pantang melihat artis bertudung yang berpakaian ketat, terdedah aurat.

Saya masih belajar, jadi jangan cepat sangat menghukum. Saya perlukan ilmu untuk ke fasa seterusnya. Itu memerlukan masa. Banyak yang saya tak tahu dan saya juga tak mahu tekan diri sendiri.

Saya baru tahu kaki juga sebahagian daripada urat wanita. Jadi, berilah saya ruang belajar. Saya buat ini untuk diri sendiri, bukan untuk kisahkan sama ada orang kecam atau hukum kesilapan saya.

Bagi saya, kalau kita ambil peduli sangat memang tak akan habis orang mengata. Duduk ke, berdiri ke kalau salah di mata mereka, maka berduyun-duyun kecaman. Tetapi tegurlah dengan baik, saya terima.

Bagaimana jika ada produksi yang menawarkan Julia watak untuk kembali membuka tudung? Mungkin mereka beranggapan Julia sama seperti sebelum ini, on-off bertudung?
Saya tak fikir mereka akan sanggup menawarkan perkara sebegitu. Ada sahaja peroduksi yang sanggup menukar penampilan karakter mengikut imej bertudung saya. Itu bukan satu masalah.

Saya juga tahu jaga batas sendiri. Nanti bila masuk set, pasti saya akan belajar banyak perkara baharu. Kalau ada watak tidak sesuai, saya sendiri akan tolak.

Julia dan suami memang jarang berkongsi hal peribadi terutama di media sosial? Adakah itu prinsip kalian atau ada hati mahu dijaga?

Kami berdua sebenarnya sama, lebih mengutamakan privasi. Ada perkara yang kami akan kongsi dan ada perkara yang lebih baik kekal peribadi. Media sosial sangat berbeza. Orang boleh ada akses dalam kehidupan kita jika dibenarkan.

Kita beri ruang untuk orang lihat kelemahan dan mengecam kita. Padahal tidak semua di media sosial itu benar. Saya dan suami lebih selesa kongsi hal-hal berkaitan kerja.

Adakah Julia terlalu berhati-hati kerana takut penyakit ain?

Berhati-hati? Tidak lah juga. Ini gaya hidup yang kami praktis. Ada gambar yang kami kongsi sudah diambil seminggu atau sebulan lepas. Jarang sangat saya kongsi.

Saya jarang kongsi pun bukan sebab tak nak orang dengki atau nak elak penyakit ain. Kadang-kadang tak payah tunggu kita kongsi apa-apa pun, orang sudah dengki. Apa yang penting, niat.

Nak jaga apa orang cakap, tak mampu. Kita tidak akan boleh perbaiki diri kalau sibuk fikirkan apa orang akan hukum atau kecam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya