Tak ada petua awet muda, cuma rajin senyum - Amy Mastura - Utusan Malaysia

Tak ada petua awet muda, cuma rajin senyum – Amy Mastura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tak ada rahsia apapun, mungkin sebab rajin senyum,”

Demikian respons penyanyi dan pelakon, Amy Mastura, 52, ketika rupa parasnya yang awet muda menjadi perbualan dalam kalangan warganet.

Walaupun sudah menginjak umur 50-an, wajah Amy dikatakan tidak berubah, masih kekal muda di samping pewatakkan ceria di dalam video yang dimuat naik.

“Mana ada tak makan usia. Saya nampak muda mungkin sebab solekan.

“Kalau tak pun, mungkin orang yang ambil video saya semuanya guna filter,” katanya sambil ketawa ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Di sebalik gembiraan yang ditunjukkan dilaman sosial, penyanyi Sha Na Na itu juga tidak lari daripada masalah. Namun semua itu disembunyikannya daripada pengetahuan khalayak.

“Nampak saya gembira seperti tiada masalah bukan bermakna saya tiada masalah. Mestilah ada kerana itu lumrah hidup.

“Saya juga jarang tunjuk masalah saya kepada orang ramai sebab saya rasa tidak adil untuk bermasam muka dengan orang lain sebab mereka tak salah apapun.

“Alhamdulillah, Allah beri kelebihan kepada saya untuk automatik tersenyum bila di depan orang. Lagi pula, ia juga satu bentuk sedekah,” tambahnya.

Sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air, Amy tidak pernah terpalit dengan apa-apa kontroversi. Namanya diingati sehingga kini kerana lagu dan lakonannya.

“Nak kata saya diingati dalam industri sebab bakat, entahlah, sebab saya rasa zaman sekarang ramai anak muda lebih berbakat daripada saya.

“Nak kata sebab lagu, saya rasa lagu saya sangat ringkas. Cuma mungkin saya bernasib baik. Rezeki saya orang suka,” katanya lagi.

Terdahulu nama Amy Mastura menjadi sebutan di media sosial kerana wajahnya yang tidak berubah dari dulu.

Bukan itu sahaja, keperibadian penyanyi itu dilihat sangat ceria dan tidak terlibat dengan apa-apa kontroversi yang memburukkan namanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya