Sultan Nazrin hadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin hadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani peringkat negeri di taman tema air, Lost World Of Tambun (LWOT) di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani peringkat negeri di taman tema air, Lost World Of Tambun (LWOT) di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Aezer Zubir.

Sejurus berangkat tiba sekitar pukul 8.20 malam, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara diiring ke meja santapan untuk menikmati juadah raya yang dihidangkan termasuk lemang, ketupat dan rendang ayam.

Majlis santapan diiringi persembahan daripada Kumpulan Selendang Perak, juara Bintang P Ramlee 2016, P. Radhi; Sufian Suhaimi dan Datuk Jamal Abdillah.

Sempena rumah terbuka itu, lebih 30,000 pengunjung berbilang kaum membanjiri taman tema tersebut dengan ada daripadanya hadir seawal pukul 5 petang.

Lebih 20 gerai menyediakan pelbagai juadah untuk pengunjung seperti nasi ayam merah, nasi goreng ayam berempah, mee goreng, ketupat, apam balik, roti john, lemang, rendang ayam, sate, cendol, laksa, buah-buahan dan pisang goreng.

Majlis turut diserikan persembahan artis jemputan antaranya Ella, Ernie Zakri dan Syamel selain Sharifah Shahirah, Sherry Ibrahim dan Nadhir Nasar.

Setakat ini, majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri telah diadakan di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya