Sukar dilaksana jika kerajaan berbeza - UMNO Kedah

Sukar dilaksana jika kerajaan berbeza – UMNO Kedah

SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penekanan terhadap beberapa perkara untuk dilaksanakan di Kedah seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sukar dilaksanakan sekiranya kerajaan negeri tidak memiliki hubungan mesra dengan Kerajaan Pusat dan sukar menjalin hubungan baik.

Sebaliknya menurut Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, segala perkara yang ditawarkan kepada Kedah itu diyakini dapat dilunaskan dengan baik dan berkesan sekiranya pemerintahan kerajaan negeri berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Setiap perkara yang dinyatakan Ahmad Zahid bakal meningkatkan lagi keupayaan modal insan dalam kalangan anak-anak Kedah dan membuka ruang lebih luas bagi mereka memacu pembangunan negeri.

“Langkah itu sekaligus mencipta ruang pekerjaan dan melahirkan lebih ramai usahawan berkualiti tinggi. Namun agak sukar semua itu untuk direalisasikan sekiranya kerajaan negeri tidak mesra dengan Kerajaan Persekutuan dan sukar menjalin kerjasama baik,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan Perpaduan telah menggariskan lima perkara yang diberi keutamaan untuk rakyat sekiranya gabungan PH dan BN berjaya mengambil alih negeri ini dalam PRN akan datang.

Katanya, lima perkara itu membabitkan perniagaan agro, pendidikan maahad tahfiz, pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), isu bekalan air serta usaha menaik taraf kemudahan telekomunikasi bagi meningkatkan ekonomi dan keupayaan modal insan rakyat Kedah.

Mengulas lanjut Shaiful Hazizy berkata, penekanan diberikan Kerajaan Persekutuan terhadap lima perkara tersebut dilihat bersifat menyeluruh untuk direalisasikan bagi kepentingan rakyat negeri ini.

“Bidang perniagaan agro dilihat dapat meningkatkan pendapatan para pesawah dan petani di Kedah selain menarik minat anak muda menceburi bidang itu. Malah, azam tinggi untuk melahirkan lebih ramai anak Kedah yang menghafal al-Quran selain berkemahiran dalam bidang TVET dapat membangunkan negeri dengan lebih berkat pada masa akan datang.

“UMNO negeri juga sangat mengalu-alukan komitmen kerajaan menamatkan masalah bekalan air di negeri ini. Inisiatif ini amat penting bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Kedah ke arah lebih baik, khususnya melibatkan infrastruktur keperluan asas,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya