PETALING JAYA: Sebanyak 12 kawasan berada dalam suhu panas pada tahap satu dan di peringkat berjaga-jaga. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, ia berdasarkan bacaan suhu maksimum negara yang dikemas kini petang kelmarin. “Kawasan yang berada dalam tahap tersebut di semenanjung ialah Padang Terap (Kedah); Pasir Emas, Kuala Krai, Tanah Merah (Kelantan); Temerloh, Pekan, Rompin (Pahang; Kuala Selangor (Selangor) serta Segamat, Muar dan Kluang di Johor. “Di Malaysia Timur pula menunjukkan kawasan di Kinabatangan, Sabah terlibat,” katanya. Sehubungan itu, diramalkan suhu maksimum harian bagi kawasan tersebut boleh mencecah 35 hingga 37…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya