Suami artis itu 'miang' rupanya - Utusan Malaysia

Suami artis itu ‘miang’ rupanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga memang paling tak gemar kalau lelaki sudah berstatus suami orang tetapi tak sedar diri tetap nak menggatal dengan wanita lain.

Memang Cik Bunga sengaja tak mahu sebut nama artis wanita yang seorang ini. Kalau tidak, memang ramai yang akan melompat terkejut dan tumpang kasihan dengan dia yang sangat polos dan naif personalitinya.

Cukup Cik Bunga katakan yang si artis ini memang cantik orangnya, bertudung dan baik budi pekertinya. Sebelum ini dia pernah berkahwin tetapi jodohnya dengan suami terdahulu tak panjang hingga perceraian adalah jalan terbaik untuk kedua-duanya waktu itu.

Kemudian, si artis wanita ini berkahwin lain. Suami sekarang pun apa kurangnya, memang tampan dan berstatus ahli perniagaan pula itu. 

Cuma, apa yang Cik Bunga kesalkan, suaminya itu rupanya seorang lelaki yang miang juga. Nak dijadikan cerita, dalam satu majlis rumah terbuka baru-baru ini, si suami artis itu begitu asyik nak berbual dengan seorang wanita lain. 

Sedangkan, dia datang bersama isterinya. Sanggup tinggalkan isterinya di meja lain, manakala dia lama duduk di meja yang ada wanita lain yang bukan kenalannya pun. 

Bagaimana Cik Bunga tahu? Wanita yang berbual dengan suami artis itu adalah kawan Cik Bunga. Rakan Cik Bunga ini tak kenal pun siapa lelaki tersebut pada awalnya, tetapi rasa sangat tak selesa berbual dengannya bila makin lama perbualan macam ke arah peribadi sangat. Kita wanita mesti tahu bahasa tubuh seseorang lelaki itu sama ada dia berbual biasa atau hendak menggatal.

Kalau Cik Bunga pun tak akan rasa selesa dan sangsi, apa yang lelaki itu mahu sebenarnya bukan? Kata kawan Cik Bunga, dia dapat merasakan yang artis wanita itu tak tahu pun yang suaminya begitu. 

Aduhai, kasihan pula Cik Bunga dengan artis wanita tersebut. Tapi nak buat macam mana bukan, mungkin suatu hari nanti lelaki tersebut akan berubah ke arah kebaikan. Mana tahu bukan?

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya