Steffy Sharon juara Dara Kenyalang 2023 - Utusan Malaysia

Steffy Sharon juara Dara Kenyalang 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kelincahan dan keanggunan gadis kelahiran Sarawak, Steffy Sharon menjadi kunci kemenangan sehingga dinobatkan sebagai Dara Kenyalang 2023 mengetepikan 12 pencabar lain.

Steffy yang juga pemenang kategori Best Catwalk membawa pulang mahkota Dara Kenyalang, wang tunai bernilai RM10,000 dan tiket percutian ke Korea Selatan bernilai RM7,000.

Tempat kedua pula dimenangi, Miss Social Media Favourite, Noor Dearie yang meraih wang tunai RM7,000 dan trofi manakala Lofrenska Fezzie pula diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai RM 5,000 dan trofi tajaan.

Dalam pertandingan yang diadakan Ahad lalu itu, 12 peserta berentap merebut gelaran Dara Kenyalang 2023 menerusi dua segmen yang diadili lima juri antaranya Martin Dinil, Wenaneta Angang dan Dewi Liana Seriestha.

Penyanyi lagu utama Dara Kenyalang juga turut hadir iaitu Ramles Walter, Elizebeth Paya dan kumpulan penari JKKN turut memeriahkan pentas tersebut.

Program realiti ratu cantik yang ditayangkan buat pertama kalinya di TV Sarawak (TVS) adalah hasil cetusan inspirasi daripada konsep pertandingan ratu cantik etnik khususnya daripada etnik berbangsa Iban, Orang Ulu dan Bidayuh di Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya