BAHANG cuaca panas yang melanda negara sekarang mendorong penduduk melakukan pelbagai cara bagi mengurangkan kesan kepanasan yang ternyata tidak menyelesakan.
Sebagai contoh, penduduk di Felda Raja Alias 1, Jempol, Rogayah Ahmad, 68, dan jirannya, Adenan Rauf, 63, menyiram air ke atas bumbung rumah masing-masing sebagai kaedah menguragkan bahang di dalam rumah mereka,
Daerah Jempol menjadi antara kawasan yang paling menerima kesan susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
Pada 1 Mei lalu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi kawasan tersebut bersama daerah Padang Terap di Kedah.
Dua kawasan berkenaan mencatatkan gelombang haba tahap kuning yang merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.-utusan