SGCC-100PLUS anjur Saujana-100PLUS Junior Championship 

SGCC-100PLUS anjur Saujana-100PLUS Junior Championship 

S A Nathan (dua, kiri) bergambar bersama Raffiq Md. Ariff (kiri) ketika majlis pelancaran penajaan kejohanan golf Saujana-100PLUS Junior Championship di Saujana Golf and Country Club (SGCC), Subang, Petaling Jaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saujana Golf and Country Club (SGCC) dan 100PLUS kelmarin melancarkan kejohanan golf Saujana-100PLUS Junior Championship yang akan bermula pada 29 Mei hingga 1 Jun 2023.

Kerjasama SGCC dan 100PLUS menganjurkan kejohanan selama tiga hari itu bakal merancakkan kembali kejohanan golf junior yang sebelum ini kemeriahannya tertangguh akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara ini sejak lebih tiga tahun lalu.

Kejohanan golf remaja Saujana-100PLUS Junior Championship ini yang diperakui R&A, terbuka kepada pemain junior lelaki dan perempuan dengan handikap 12.8 ke bawah.

Menurut Pengurus Besar SGCC, S A Nathan, kerjasama kelab itu dengan 100PLUS sudah lama terjalin dalam menjayakan kejohanan golf remaja sehingga ia mencapai tahap sukses dan dinamik.

Katanya, SGCC dan 100PLUS berkongsi aspirasi yang sama bagi menghidupkan kembali peluang para pemain golf remaja di rantau ini.

“Dengan kembalinya acara golf Saujana-100PLUS Junior Championship ini, ia mencerahkan semula peluang pemain-pemain remaja negara dalam sukan golf selain menjalin persahabatan dengan pemain-pemain dari Asia dan antarabangsa.

“Melalui kejohanan ini juga, ia membantu meningkatkan taraf golf di negara ini dengan matlamat untuk melahirkan pemain bertaraf dunia pada masa hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Penglibatan Kerajaan dan Industri, Fraser & Neave Holdings Berhad, Datuk Raffiq Md. Ariff pula berkata, 100PLUS sentiasa penyokong penuh kejohanan golf untuk pembangunan remaja.

Katanya, Saujana-100PLUS Junior Championship adalah platform terbaik bagi pemain golf remaja untuk menguji kehandalan mereka bersaing dengan pemain luar negara.

“Kami berharap kejohanan ini akan memberi pendedahan kepada para pemain golf remaja negara ini dalam usaha mereka untuk menjadi pemain golf terbaik.

“Pada kejohanan-kejohanan golf junior lalu yang mana 100PLUS terlibat dalam penganjurannya, sudah terbukti mereka mampu melakukannya. Dengan sebab inilah 100PLUS terus menyokong untuk terus bekerjasama dengan SGCC menjayakan Saujana-100PLUS Junior Championship kali ini,” ujarnya.

Untuk rekod, 100PLUS sebelum ini menaja kejohanan 100PLUS Malaysian Junior Open dan 100PLUS Asean Junior Championship.

Pendaftaran kejohanan ini sudah pun dibuka mulai 10 April lalu dan tarikh tutup penyertaan pada 15 Mei ini. Dan untuk maklumat lanjut boleh hubungi En. Oong di talian 03-7846 1466 (Ext: 252). – UTUSAN

INFO

Kejohanan terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah pada 1 Januari 2023 dengan Indeks Handikap minimum 12.8.

Kategori:

Terdapat dua kategori:

1. Umur 15 dan ke bawah (pada 1 Januari 2023)

2. Umur 18 dan ke bawah (pada 1 Januari 2023)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya