Sewa rumah Singapura mahal, syarikat pindah pekerja ke negara jiran

Sewa rumah Singapura mahal, syarikat pindah pekerja ke negara jiran

KADAR sewa bulanan kediaman di Singapura melonjak 30 peratus sejak tahun lalu sehingga membebankan banyak pihak. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kenaikan kadar sewa rumah yang meningkat mendadak sejak tahun lalu memaksa syarikat di Singapura membayar sebahagian kos perumahan pekerja atau memindahkan petugas ke bandar di negara jiran yang lebih murah.

Situasi itu juga mendaorong sebahagian besar pekerja ekspatriat untuk meninggalkan republik ini dan menetap di bandar Asia yang lain kerana kos hidup yang tinggi.

Ketua Eksekutif di Syarikat Achieve Group, Joshua Yim berkata, banyak syarikat semakin cenderung menawarkan pilihan kerja jarak jauh untuk golongan pekerja kolar putih dan ada yang memindahkan pekerja mereka ke bandar lebih murah seperti Kuala Lumpur dan Bangkok.

Yim juga memaklumkan beliau mempertimbangkan rancangan untuk memulakan pejabat satelit di Pulau Pinang, Malaysia supaya syarikatnya dapat mengekalkan peruntukan sedia ada.

dalam pada itu, seorang ekspatriat dari Britain, Natalie yang sudah menetap di republik ini selama 15 tahun turut berdepan kenaikan sewa bulanan sebanyak S$3,200 (RM10,700).

“Jumlah kenaikan ini amat tinggi dan saya mungkin akan meninggalkan Singapura jika keadaan semakin teruk,” katanya.

Berdasarkan data kerajaan, warga asing yang bukan pemastautin tetap menyumbang 28 peratus daripada 5.6 juta penduduk Singapura yang kebanyakannya cenderung menyewa rumah.

Perunding hartanah, Knight Frank berkata, kadar sewa hartanah persendirian di Singapura meningkat 30 peratus sejak tahun lalu dengan keuntungan sewa kediaman mewah lebih tinggi berbanding di London dan New York.

Dalam laporan tinjauan yang diterbitkan pada Mac, Dewan Perniagaan Eropah di Singapura berkata, kira-kira 40 peratus daripada 268 firma, memberi pekerja bantuan elaun tambahan lebih S$1,500 (RM5,022) sebulan kerana kenaikan sewa.

Jika keadaan bertambah buruk, 70 peratus daripada firma bersedia untuk memindahkan kakitangan asing ke luar negara. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya