Seorang lagi mangsa kemalangan bas persiaran meninggal - Utusan Malaysia

Seorang lagi mangsa kemalangan bas persiaran meninggal

KEADAAN mayat Tan Poh Hwa yang maut di tempat kejadian dalam kemalangan bas persiaran di Kilometer 375.4, LPT2, selepas Hentian Rawat dan Rehat Bukit Besi, Dungun, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Kilometer 375.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas Hentian Rawat dan Rehat Bukit Besi, di sini, meninggal dunia, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mangsa, Choo Chia Tian, 44, dari Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan yang merupakan peniaga kedai buku, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Dungun, kira-kira pukul 9 pagi.

Menurutnya, mangsa korban pertama kemalangan tersebut ialah Tan Poh Hwa berusia 42 tahun yang maut di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala dan tangan.

Katanya, Poh Hwa juga merupakan adik ipar kepada Chia Tian.

“Selain itu, seorang penumpang kanak-kanak berusia lapan tahun dilaporkan cedera parah manakala 22 penumpang lain termasuk pemandu bas berusia 26 tahun cedera ringan.

“Kesemua mangsa yang cedera itu dirawat di Hospital Dungun dan Hospital Hulu Terengganu,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Baharudin berkata, bas yang dinaiki 32 individu termasuk pemandu dan pemandu pelancong sedang dalam perjalanan dari Tampin, Negeri Sembilan menghala ke Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu untuk bercuti di Pulau Redang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya