Sensor automatik pintu baraj Sungai Muda rosak

Sensor automatik pintu baraj Sungai Muda rosak

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tengah) meninjau kerosakan yang berlaku di pintu baraj Sungai Muda yang menjejaskan ratusan ribu pengguna di Pulau Pinang dan negeri ini. -IHSAN FACEBOOK MENTERI BESAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Masalah bekalan air yang menjejaskan lebih 250,000 akaun pengguna di negeri ini dan sebahagian pengguna di Pulau Pinang sejak semalam berpunca daripada kerosakan mekanikal pada sensor automatik pada baraj Sungai Muda.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menjelaskan, kerosakan itu menyebabkan salah satu pintu air terbuka sendiri yang membawa kepada pengaliran air dalam kuantiti amat banyak terus ke laut tanpa sekatan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan paras Sungai Muda susut mendadak dan menjejaskan muka sauk beberapa loji rawatan air (LRA) termasuk di Sungai Petani/Pinang Tunggal dan LRA Kulim Hi-Tech.

“Saya berharap pengguna yang terjejas dapat bersabar dan mendapatkan bekalan air di beberapa pusat agihan yang dibuka oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) sebagai langkah segera menangani isu ini.

“Antara pusat agihan air tersebut adalah di Tapak Pasar Malam Ambangan Height, Medan Baru Puteri Jaya dan Surau Taman Orkid di Sungai Petani. Insya-Allah keadaan akan kembali pulih sedikit masa lagi,” katanya menerusi laman Facebooknya.

Gangguan di tiga daerah iaitu Kuala Muda, Kulim dan sebahagian Baling bermula pukul 7.25 pagi semalam yang turut menjejaskan LRA Sungai Dua di Pulau Pinang yang tidak dapat beroperasi secara normal untuk merawat 1,000 juta liter sehari (mld).

Dalam pada itu, ketika merasmikan Himpunan Belia Berselawat, Malam Cinta Rasul di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Muhammad Sanusi memaklumkan, kerosakan itu berlaku pada salah satu daripada 14 pintu yang menyebabkan air sungai mengalir laju ke laut.

Menurutnya, pihak pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM) yang mengawal baraj tersebut sudah mengambil tindakan sewajarnya untuk membuat kerja-kerja baik pulih selain air takungan dari Empangan Beris juga sudah dilepaskan bagi menangani isu berkenaan.

“Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) pada awalnya menjangkakan aliran air itu akan mengambil masa 72 jam untuk melimpah semula hingga ke baraj dan mencapai ketinggian dua meter. Ajaibnya, selepas air itu dilepaskan tengah hari semalam, malam tadi paras semua LRA telah mencecah 100 peratus.

“Keadaan itu menyebabkan air telah mengalir semula malam ini di sebahagian kawasan yang terputus bekalan air. Walaupun perancangan perlukan tiga hari, tetapi siapa tahu rahsia Allah, maka LRA yang tadinya ‘tergantung’ sudah mula mengepam air untuk membekalkan air bersih kepada kira-kira 126,000 rumah yang terjejas,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya