Selebriti gemar berpantun, tak berubah terus langgan pelacur - Utusan Malaysia

Selebriti gemar berpantun, tak berubah terus langgan pelacur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebenarnya, sudah banyak kali Cik Bunga dengar cerita negatif mengenai seorang selebriti pengacara lelaki ini. Satu daripadanya adalah tentang sisi homoseksualnya yang disembunyikan. Tetapi, mana yang tahu, tahulah.

Tentang hal itu pun pernah Cik Bunga kongsikan di ruangan ini. Cuma, ingatkan dirinya itu sudah berubah, ternyata masih galak dengan perangai yang sama.

Terus-terang, Cik Bunga memang tak sangka pengacara lelaki ini seliar ini. Tetapi, sumber cerita ini pun datangnya daripada salah seorang pelacur lelaki yang dilanggan oleh pengacara tersebut.

Rupanya, keinginan seksual selebriti lelaki ini memang luar biasa. Menjadi kebiasaannya, untuk melanggan seorang pelacur lelaki serta seorang mak nyah pada masa sama? Terbeliak mata Cik Bunga.

Ada lagi yang diceritakan oleh sumber itu mengenai pengacara tersebut, tetapi tak sanggup pula Cik Bunga nak tulis lagi. Bimbang nanti ada yang termuntah pula.

Sebenarnya, Cik Bunga kasihan pada isteri dan anak-anaknya. Entah kan tahu atau tidak yang si pengacara ini mempunyai sisi hitam sebegitu rupa. Maklumlah, dia pula pandai pakai ‘topeng’.

Depan orang dialah yang terpaling pandai cakap pasal agama, berkongsi tips rumah tangga, tips motivasi hidup, tetapi orang seperti inilah juga yang mempunyai sisi jijik yang tak tersangkakan.

Itu belum lagi Cik Bunga sentuh pasal dia mengganggu beberapa lelaki lain. Aduhai… orang begini, Cik Bunga harap satu hari nanti Tuhan tunjukkanlah siapa dirinya ini yang sebenar. Makin menjadi-jadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya