Segera luluskan PSF demi pembangunan sepak takraw Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Segera luluskan PSF demi pembangunan sepak takraw Pulau Pinang

MOHAMED SANI BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Gabungan Daerah-Daerah Sepak Takraw Pulau Pinang berharap Pesuruhjaya Sukan dapat menyegerakan permohonan mereka untuk menubuhkan Persekutuan Sepak Takraw Pulau Pinang (PSF) sekali gus keluar daripada ‘bayang-bayang’ Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang (Pesenang) ketika ini.

Presidennya, Datuk Mohamed Sani Bakar berkata, selain itu, kewujudan PSF kelak akan membolehkan segala gerak kerja, aktiviti atau program berkaitan sepak takraw di negeri ini dapat diselaras serta disusun dengan lebih baik.

Mohamed Sani berkata, permohonan menubuhkan PSF telah dihantar sejak lebih setahun lalu selepas empat daripada lima persatuan sepak takraw daerah di negeri ini iaitu di Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) mengumumkan tidak lagi ‘sekapal’ dengan Pesenang.

Katanya, penyertaan daripada persatuan sepak takraw daerah terakhir iaitu di Seberang Perai Tengah (SPT) baru-baru ini kemudian melengkapkan gabungan itu yang dibentuk dalam usaha memartabatkan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.

“Kesemua persatuan sepak takraw daerah ini berdaftar, namun persatuan negeri (Pesenang) tidak pernah melibaturuskan mereka dalam sebarang program (termasuk) di peringkat daerah. Jadi, sejak dulu lagi persatuan-persatuan ini bergerak dengan cara masing-masing tanpa kerjasama atau bantuan daripada Pesenang.

“It’s not a big deal (Ia bukan perkara yang besar). Insya-Allah, kita akan bergabung dengan PSM (Persatuan Sepak Takraw Malaysia) selepas ini (jika permohonan diluluskan).

“Kita dah berusaha dan akan jumpa dengan Presiden PSM (Datuk Mohd. Sumali Reduan) dalam masa terdekat (bagi membincangkan hala tuju PSF dan lain-lain). Cuma tunggu tarikh dan masa yang sesuai sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Ditanya kemungkinan dinasihatkan bergabung dengan Pesenang sebagai jalan penyelesaian terbaik demi kemajuan sepak takraw Pulau Pinang, Mohamed Sani berkata, itu adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mereka ketika ini.

“Kalau boleh, kita akan cuba elakkan (bergabung). Tapi, kalau terpaksa juga, perkara pertama yang akan kita lakukan ialah rujuk semula perlembagaan sebab keputusan kita bergantung kepada keputusan kelima-lima (persatuan sepak takraw) daerah ini,” ujar beliau.

Tambah Mohamed Sani, sekiranya wujud dua persatuan sepak takraw negeri di Pulau Pinang selepas ini, pihaknya juga akan menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Mohamed Sani dalam pada itu turut menafikan desas-desus ‘penentangan’ terhadap Presiden Pesenang, Datuk Seri Ahmad Ismail yang mana penubuhan PSF dilihat lebih kepada bersifat peribadi.

“aya tidak nampak ia satu kepentingan peribadi. Lagipun, semua presiden (persatuan sepak takraw daerah) ada bersama saya sekarang. Jika saya tidak ada lagi nanti, saya mahu PSF ini terus wujud dan program akan terus berjalan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya