Sebab rampasan jam Swatch jelas tertera perkataan LGBTQ - Saifuddin

Sebab rampasan jam Swatch jelas tertera perkataan LGBTQ – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, rampasan koleksi jam Swatch atas sebab jelas tertera pada muka jam itu perkataan LGBTQ iaitu akronim bagi golongan lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik.

Beliau berkata, pihaknya sedar isu berkenaan amat sensitif, namun tindakan rampasan itu tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

Beliau pada masa sama mengesahkan belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak jenama jam itu sejak rampasan koleksi jam bertemakan pelangi, yang sering dikaitkan dengan komuniti itu, di 11 butik awal minggu ini.

“Sebagai agensi kawal selia kita tahu isu ini sensitif, tindakan kita tidak mampu puaskan hati semua pihak. Adakah pihak swatch ada hubungi kita? Jawapannya, belum.

“Sebab itu saya nak tegaskan memang tertera pada muka jam perkataan itu (LGBTQ) yang jadi sebab rampasan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri ke Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Saifuddin turut menegur sesetengah media yang melaporkan aktiviti rampasan itu dengan tidak memaparkan dengan jelas gambar permukaan jam yang tertera perkataan itu, sebaliknya hanya menonjolkan enam warna jam sedangkan warna pelangi ada tujuh.

“Selain itu promosi jam ini banyak dibuat hujung tahun lalu dan dalam promosi sangat jelas model dikeluarkan itu ada kaitan rapat dengan LGBTQ, dan itu disebut dalam laman web mereka,” katanya.

Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 buah kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung ‘Koleksi Pride’ jenama itu.

Manakala lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching diberikan amaran.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek dilaporkan berkata, jam tangan dirampas KDN itu tidak mengandungi sebarang rujukan kepada LGBT.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini menegaskan rampasan jam tangan itu bukan berkaitan warna tetapi ia ada kaitan dengan isu LGBT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya