Saya tidaklah selektif sangat - Liyana Jasmay - Utusan Malaysia

Saya tidaklah selektif sangat – Liyana Jasmay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Liyana Jasmay, 35, menafikan dia pelakon ‘pilih bulu’ yang hanya memilih untuk berlakon di samping pelakon serta pengarah gred A.

Katanya, persepsi liar itu tidak benar dan bercanggah dengan sikap sebenarnya yang terbuka bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

“Saya tidaklah selektif sangat, tak kisah lakonkan karakter apa sekalipun sebab saya memang benar-benar suka dan boleh berlakon asalkan berkemampuan dan berkelapangan.

“Saya juga tak memilih dengan siapa saya nak berlakon, malah terbuka bekerjasama dengan pendatang baharu kerana saya nak belajar daripada mereka. Cara mereka berfikir tentunya berbeza dengan generasi saya.

“Kalau saya tolak (tawaran) bukan sebab memilih, sebaliknya ada projek lain yang saya usahakan. Jangan kerana status senior, kita memilih,” katanya ketika mempromosikan drama bersiri terbaru terbitan Viu Malaysia, Alter- Naratif.

Dalam masa yang sama, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu menegaskan dia lebih mengutamakan minat lakonan dan tidak meletakkan bayaran terlalu tinggi bagi kerja lakonannya.

“Saya bukan pelakon yang bercakap soal bayaran di awal perbincangan dengan penerbit. Sukar untuk saya berbuat demikian. Saya buat (berlakon) sebab minat.

“Saya pernah jadi penerbit, jadi saya faham kekangan peruntukan yang mungkin dihadapi syarikat produksi. Memang setiap pelakon ada kadar bayaran tertentu. Tapi kita bukan Hollywood yang ada garis panduan tentangnya,” jelasnya.

Tegas Liyana lagi, kehadirannya dalam industri seni adalah semata-mata kerana minat berlakon meskipun industri seni berdepan fasa mencabar.

“Kalau tidak, saya tak rela berlakon bawah cuaca panas. Lebih baik duduk di rumah, jaga anak atau jadi suri rumah.

“Semua ini saya buat kerana minat. Kemahiran berlakon adalah hadiah yang Allah S.W.T kurniakan kepada saya. Bukan semua orang dapat.

“Jadi saya buat memang kerana mahu buat. Asalkan orang tak ambil kesempatan,” jawabnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya