Saya tak sesuai jadi juri -Anuar Zain - Utusan Malaysia

Saya tak sesuai jadi juri -Anuar Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Penyanyi Anuar Zain, 53, mendedahkan pernah menolak beberapa tawaran menjadi juri pertandingan nyanyian kerana merasakan bidang penjurian tidak bersesuaian dengannya.

Bagi Anuar, untuk menjadi seorang juri, seseorang memerlukan ilmu dan pengetahuan yang luas dalam bidang muzik.

“Ini pendirian saya secara peribadi sahaja, kalau orang lain mahu jadi juri, silakan.

“Cuma untuk saya, saya bukan penyanyi yang mempunyai latar belakang belajar dalam bidang muzik.

“Saya banyak mendapat tawaran menjadi juri pertandingan termasuklah program berprestij. Tapi, saya tak bersesuaian jadi juri,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, penyanyi Sedetik Lebih itu juga memikirkan reaksi peminat yang mungkin kurang senang dengan komen dan kritikan diberikan juri kepada penyanyi kesayangan mereka.

“Kadang ada peminat yang terlalu beremosi dan tidak boleh terima komen yang diberikan juri kepada penyanyi kesayangan mereka.

“Juri mempunyai niat murni dan baik untuk bantu artis. Mereka berikan kritik dan cadangan untuk artis buat persembahan lebih baik.

“Namun kadang peminat tak faham dan mula serang juri,” katanya lagi.

Untuk rekod, Anuar hanya pernah menjadi juri untuk dua program sahaja sepanjang karierbya bergelar penyanyu iaitu Akadami Fantasia musim kedua (AF2) dan Malaysian Idol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya