Saya tak reda dan halalkan - Wawa Zainal berang produk diciplak - Utusan Malaysia

Saya tak reda dan halalkan – Wawa Zainal berang produk diciplak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal bakal mengambil tindakan terhadap pihak yang menciplak produk krim pelindung suria keluarannya, Wawa Cosmetics.

Kongsi Wawa yang juga penaja program Big Stage 5, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa.

“Sekarang ini saya dan pasukan sedang giat memberitahu semua reseller dan pengguna khususnya macam mana nak bezakan produk asli dan tiruan. Saya berharap mereka jelas dan tidak terpedaya.

“Walaupun produk Wawa Cosmetics dijual di semua platform dalam talian, tapi ciri-ciri khas seperti kod bar, warna dan kualiti kandungan tetap diutamakan.

“Apa yang saya lebih risaukan adalah soal kesihatan pengguna yang sudah membeli produk tiruan itu. Saya takut jika terjadi apa-apa pada mereka hingga memudaratkan kulit.

“Insya-Allah, perkara ini juga kami akan bawa ke depan agar ia tidak berulang lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Wawa berkata, dia menyedari perkara tersebut selepas selepas mendapat aduan daripada reseller dan pengguna.

“Akhirnya mimpi buruk yang dialami peniaga lain terjadi pada saya. Selama ini saya hanya mendengar masalah usahawan lain apabila produk mereka diciplak. Tindakan mereka sangat jahat dan begitu berani.

“Perkara sebegini memang tidak difikirkan oleh pihak yang menjual barang tiruan. Mereka tahu nak duit dan untung saja.

“Tidakkah mereka sedar perbuatan itu salah? Berhentilah menganiaya orang ramai. Kalau tak ada duit, carilah kerja halal lain. Jangan mencuri hasil titik peluh orang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN