Saya gemuk pun suami sayang - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Saya gemuk pun suami sayang – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fasha Sandha berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) selepas menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan daging dan ayam.

Selain mengamalkan diet pemakanan yang ketat, Fasha berkata, dia juga kelihatan semakin kurus selepas keluar dari hospital akibat kecederaan yang dialami di bahagian mata.

Jelas pelakon berusia 39 tahun itu, dia terpaksa mengambil langkah tersebut bagi memenuhi tuntutan sebuah drama yang bakal menjalani penggambaran pada Jun depan.

“Dalam kontrak sudah tetapkan memang saya perlu kurus sebab bawa watak sebagai sugar mommy.

“Banyak faktor juga punca saya jadi kurus terutamanya selepas keluar hospital, selepas itu kita dah mula berpuasa. Kurus sekalipun saya tetap mahu sihat dan hidup gembira, bukannya kurus tapi tak sihat,” katanya semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kemensah Heights, baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon, Aidil Aziz ini berkata, dia bertuah kerana mempunyai suami yang sentiasa menyokong setiap usaha yang dilakukannya.

“Dia sangat memberi sokongan. Saya gemuk pun dia sayang, kurus pun dia sayang. Yang penting kesihatan jadi keutamaan,” katanya.

Fasha berharap, dia berjaya mengekalkan berat badan sedia ada walaupun selepas menjalani penggambaran tersebut.

“Harapnya boleh kekal seperti ini sebab saya ini mudah lupa diri. Sekarang pun sudah naik berat badan 2.5 kg. Saya ini jenis makan sedikit pun berat badan cepat naik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya