Saya dan Farid professional - Ahirine - Utusan Malaysia

Saya dan Farid professional – Ahirine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK dinafikan impak kontroversi kononnya menjadi orang ketiga dalam keretakan rumah tangga pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle memberi impak besar terhadap kerjaya seni pendatang baharu, Ahirine Ahirudin.

Biarpun ada yang menganggap dakwaan sensasi boleh memalit lumpur pada nama baiknya, namun Ahirine tetap percaya, tidak perlu untuk berasa salah jika berada di tempat yang benar.

Masih mengekalkan hubungan profesional dengan Farid, pelakon berusia 26 tahun ini hanya menganggap pelakon itu sekadar rakan seindustri sementelah mereka pernah bekerjasama dalam filem, Remp-It 2.

“Impak filem itu memang besar, saya tak boleh nafikan. Terutama selepas kontroversi itu mula menjadi buah mulut ramai. Tetapi hubungan kami atas dasar profesional. Saya tak campur urusan peribadinya.

“Tak pernah pula kami berhubung selain daripada urusan kerja dan perlumbaan. Tidak ada lebih-lebih, saya juga tidak pernah memberi nasihat atau mendengar masalahnya tidak kira apa.

“Itu cuma satu dakwaan yang tidak berasas. Sekiranya kami digandingkan semula dalam satu naskhah juga tidak akan memberi rasa janggal. Sebab itu adalah kerja. Tidak lebih dari itu,” ujarnya.

Mengakui kontroversi yang berlaku sedikit sebanyak menjatuhkan semangatnya, Ahirine bagaimanapun tidak mahu terlalu lama larut dalam rasa kemurungan dan kesedihan apabila difitnah sedemikian.

Malah dia juga bersyukur dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan paling penting, percaya dia tidak terlibat dalam sebarang skandal rumah tangga orang lain.

“Sebelum ini saya kejar artis, sekarang terpalit kontroversi pula. Memang tertekan juga mula-mula. Ramai yang tak tahu apa jadi dan senang-senang menjatuhkan hukuman tanpa fikir perasaan orang lain.

“Kontroversi ini sedikit sebanyak memang memberi impak negatif. Tetapi saya tahu, inilah asam garam industri seni. Cuma keluarga dan rakan-rakan terdekat tidak pernah menghukum saya.

“Ayah saya gelak sahaja bila tahu tentang dakwaan tersebut. Malah di ruangan komen dan pesanan peribadi, ramai yang menghantar kata-kata semangat untuk saya tidak mudah mengaku kalah,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya