Sarawak buka destinasi pelancongan dari Jakarta ke Kuching

Sarawak buka destinasi pelancongan dari Jakarta ke Kuching

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sarawak akan memulakan penerbangan sulungnya bagi destinasi Kuching-Jakarta-Kuching mulai 15 Jun ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil.

Jelasnya usaha itu bagi membuka peluang kepada pemain industri pelancongan dalam meningkatkan promosi destinasi ke serata dunia.

“Sejak kelonggaran perintah kawalan pergerakan (PKP), Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) telah giat menjalinkan usaha kerjasama dengan kementerian pengangkutan malaysia serta berapa syarikat penerbangan bagi usaha mempromosi destinasi pelancongan dan penerbangan ke Sarawak.

“Justeru itu, dengan usaha kerjasama itu, kita telah berjaya menambah jumlah penerbangan dari Sarawak ke negara seperti Brunei Darussalam dan Singapura,” dedahnya dalam ucapannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, MOTS juga kini giat berusaha dalam membawa penerbangan bagi destinasi ke China dan usaha meningkatkan lebih banyak kekerapan penerbangan dari Sarawak ke destinasi yang sedia ada.

“Dengan penambahan jumlah penerbangan dari syarikat yang telah beroperasi, ia secara langsung akan menjalinkan persaingan sihat di antara syarikat penerbangan yang lain.

“Pada masa yang sama MOTS juga giat menambah jumlah kekerapan penerbangan terutamanya pada musim perayaan dan cuti persekolahan,” katanya.

Untuk rekod, Sarawak mempunyai 447 jumlah penerbangan domestik dan 41 antarabangsa yang dioperasikan oleh syarikat penerbangan seperti AirAsia, Malaysia Airlines, MYAirlines, FireFly, Maswing dan Scoot.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya