Sanusi puji penganjuran LIMA23

Sanusi puji penganjuran LIMA23

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tengah) melawat reruai pempamer antarabangsa ketika menghadiri LIMA23 di MIEC Padang Matsirat, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kerajaan negeri menyifatkan penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA23) sebagai yang terbaik setakat ini sepanjang acara berprestij itu berlangsung sejak 1991.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengakui, kerjasama agensi-agensi di bawah kerajaan negeri mungkin melancarkan lagi LIMA23 yang mendapat penyertaan terbesar daripada 18 buah negara.

Beliau berkata, LIMA dan Langkawi khususnya masih mendapat perhatian antarabangsa dengan penyertaan pasukan aerobatik ternama dan pempamer yang memiliki pelbagai aset pertahanan dan komersial yang canggih.

“Ini adalah LIMA pertama buat saya (sebagai Menteri Besar), saya bangga melihat persembahan maritim kerana mengenali ramai anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) yang terlibat, saya teruja melihat keupayaan dan persiapan yang dibuat, malah aset yang dipamer semakin canggih.

“Saya lihat semua persiapan berjalan lancar dan bagus, saya rasa LIMA23 adalah yang terbaik setakat ini, ia sangat membanggakan. Langkawi ini Kedah punya lah bos,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Muhammad Sanusi hadir pada acara pembukaan LIMA23 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Padang Matsirat bagi segmen aeroangkasa dan turut mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan segmen maritim di Resort Word Langkawi (RWL), semalam.

Beliau berkata, orang ramai khususnya penduduk tempatan digalakkan hadir menyaksikan persembahan khas dan pameran aset ketenteraan sepanjang berlangsungnya LIMA23.

“Saya difahamkan persembahan aerobatik turut membabitkan pasukan Malaysia dan negara lain, bukan senang untuk bawa pasukan luar kerana (kos) bawa satu pesawat kena bayar berjuta, tetapi mereka datang percuma dan kita hanya bagi minyak sahaja.

“Ini suatu pengiktirafan kepada LIMA dan Kedah juga, mungkin kerana LIMA tidak diadakan selama empat tahun, jadi mereka ‘qada’ dan beri sokongan kepada kita,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya