Sanusi perlu rujuk Perlembagaan

Sanusi perlu rujuk Perlembagaan

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor disaran merujuk Perlembagaan Persekutuan bagi memahami perjalanan negara yang memiliki 13 buah negeri termasuk Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, setiap warganegara Malaysia termasuk para pemimpin politik apatah lagi Menteri Besar juga perlu memahami prinsip Rukun Negara yang ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan.

“Bab ini kalau belajar subjek Pengajian Am di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mesti dia tahu, kalau dia tak tahu maknanya dia tak reti subjek itu.

“Dalam perlembagaan kita ada 13 buah negeri termasuk Pulau Pinang, kalau Menteri Besar Kedah tak faham saya minta dia baca balik Perlembagaan Persekutuan,” katanya mengulas dakwaan Muhammad Sanusi bahawa Kedah dan Pulau Pinang tiada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu, Saifuddin berkata, sebagai rakyat Kedah beliau jarang berjumpa dengan seorang Menteri Besar yang suka mencetuskan kontroversi yang tidak diperlukan.

Katanya, isu antara Kedah dan Pulau Pinang sudah selesai di peringkat Persekutuan dan semua pihak perlu bergerak ke depan daripada membangkitkan perkara yang dianggap sebagai kurang produktif. 

“Perkara ini telah pun diuruskan oleh pendiri negara kita dalam tempoh yang sudah pun sekian lama, saya pun rakyat Kedah pernah jadi wakil rakyat Kedah dan faham tentang sejarah Kedah.

“Menteri besar silih berganti. Saya jarang dengar menteri besar ulas benda-benda begini, bangkit soal Pulau Pinang hak Kedah, isu pampasan nak sekat air. Saya fikir sampai masa rakyat Kedah celik bahawa kita perlu pemimpin yang ambil berat soal rakyat daripada suka mencetuskan kontroversi,” katanya.

Tambah Saifuddin, Muhammad Sanusi sepatutnya memberi tumpuan menjaga kebajikan rakyat termasuk memulihkan gangguan bekalan air bersih dan membantu Kerajaan Persekutuan untuk menoktahkan angka kemiskinan tegar di negeri itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya