RMP Open Championship 2023 ke peringkat lebih tinggi tahun depan

RMP Open Championship 2023 ke peringkat lebih tinggi tahun depan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwat Ibrahim meninjau Kejohanan Tembak RMP Open Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, di Putrajaya, semalam. - GAMBAR IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk menganjurkan peringkat lebih tinggi bagi Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023, tahun hadapan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, kejohanan itu ketika ini dianjurkan pada peringkat ketiga iaitu terhad pada 16 lurah menembak sahaja.

Beliau berkata, bagi peringkat keempat dan kelima, sekurangnya-kurangnya lebih 32 lurah menembak perlu disediakan.

“Kejohanan itu mempunyai potensi besar dan akan cuba untuk dianjurkan ke peringkat lebih tinggi pada tahun hadapan.

“Bagi kejohanan ‘Level III’ kali ini, ia berjaya menarik penyertaan enam negara luar seperti Indonesia, Thailand, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Filipina, Singapura dan Hong Kong,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Kejohanan Tembak RMP Open Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, di sini hari ini.

Katanya, kejohanan itu mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menarik 787 penembak sekali gus bakal tercatat dalam Malaysia Book of Record (MBOR) sebagai kejohanan menembak yang mendapat penyertaan paling ramai.

Hazani berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) yang menyediakan lokasi dan fasiliti kejohanan lengkap serta terbaik dalam negara.

Kejohanan Tembak RMP Open Championship 2023 Level III akan berlangsung selama tujuh hari bermula 1 Mei lalu hingga 7 Mei ini.

Kejohanan itu mendapat sokongan daripada Konfiderasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Malaysia dan World IPSC bagi kelulusan penganjuran pertandingan mengikut format antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya