Pelakon, model Ridzuan Hashim meninggal dunia

Pelakon, model Ridzuan Hashim meninggal dunia

Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan model terkenal, Ridzuan Hashim meninggal dunia pada usia 62 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 1.57 tengah hari tadi.

Berita duka itu dimaklumkan oleh bekas isterinya yang juga pelakon, Didie Alias, 51 menerusi hantaran sebuah video di Instagram peribadinya.

“Ridzuan Hashim telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Siapa yang ingin melawat jenazah, beliau masih berada di Hospital Kuala Lumpur dan saya akan maklumkan di mana jenazah akan dikebumikan.

“Jika arwah berhutang kepada anda, boleh maklumkan kepada saya. Maafkan beliau,” katanya.

Untuk info, Didie dan Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 sebelum masing- masing membawa haluan masing-masing pada tahun 2000.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan lima orang anak iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya