Ribuan ikan tilapia mati akibat cuaca panas di Tasik Unisza - Utusan Malaysia

Ribuan ikan tilapia mati akibat cuaca panas di Tasik Unisza

SEBAHAGIAN daripada ikan tilapia yang mati dpercayai kekurangan oksigen di dalam air akibat cuaca panas di Tasik UniSZA, Kuala Nerus. - MINGGUAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Ribuan ikan tilapia yang dianggarkan seberat dua tan metrik ditemukan mati di Tasik Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini, dipercayai kekura­ngan oksigen akibat cuaca panas.

Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar, Dr. Fathurrahman Lananan berkata, cuaca panas yang berlarutan sejak Mac lalu menyebabkan berlaku peningkatan suhu pada permukaan tasik.

Menurutnya, kea­daan bertambah buruk apabila air domestik dari kawasan perumahan di Gong Badak dan Tok Jembal berdekatan universiti mengalir memasuki tasik tersebut.

Katanya, ia menyebabkan bacaan oksigen air menjadi sifar dan mematikan ekosistem tasik.

“Pertembungan nut­rien daripada sisa bua­ngan domestik yang pekat ditambah peningkatan suhu permukaan tasik dikenal pasti menjadi punca kematian ikan,” katanya di sini semalam.

Kerja-kerja pembersihan dan membuang ikan yang mati di dalam tasik tersebut telah dilakukan sejak petang kelmarin.

Dr. Fathurrahman berkata, pihaknya berharap projek Loji Rawatan Air (LRA) dapat dilaksanakan di tasik tersebut bagi memastikan air tasik sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Jelasnya, Unisza te­lah membentang kertas cadangan kepada KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) pada 2019, namun terhalang disebabkan penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Projek khas LRA sangat penting bagi menyelesaikan masalah ini selain dapat merawat nutrien air bagi memanfaatkan warga universiti dan penduduk setempat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya