Reman ibu amang seksual anak disambung tiga hari - Utusan Malaysia

Reman ibu amang seksual anak disambung tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Reman seorang ibu yang dipercayai melakukan amang seksual dengan anak lelakinya disambung selama tiga hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kebenaran lanjutan reman ke atas wanita berusia 33 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor semalam.

“Tempoh reman yang berakhir hari ini disambung sehingga 10 Mei atau Rabu depan. Kita akan merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan perbuatan jijik seorang ibu dipercayai melakukan amang seksual dengan anak lelakinya terbongkar dan dicekup polis di sekitar daerah ini, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, suspek dikatakan turut merakam aksi dengan remaja berusia 14 tahun itu menerusi telefon bimbit.

Kelmarin, seorang lelaki yang juga penganggur berusia 35 tahun diberkas bagi membantu siasatan kes itu di sebuah restoran di Bandar Puncak Alam di sini, kira-kira pukul 11.45 malam.

Suspek terbaharu itu dipercayai terlibat menyebarkan video namun bukan ahli keluarga mangsa.

Tambah Ramli, lelaki berkenaan direman sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan yang masih dijalankan pihaknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya