Raja Perlis ucap terima kasih atas sembah tahniah sempena hari ulang tahun

Raja Perlis ucap terima kasih atas sembah tahniah sempena hari ulang tahun

raja perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menerima menghadap Razarudin Husain di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang mempersembahkan ucapan sembah tahniah bersempena hari ulang tahun baginda yang ke-80 pada hari ini.

Rakyat dari seluruh pelosok negara khususnya negeri Perlis telah merafak sembah ucapan tahniah itu melalui pelbagai medium yang tidak dapat dijawab satu persatu.

Baginda juga mendoakan agar negeri Perlis terus makmur, aman dan sentosa selamanya serta seluruh rakyat turut dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup sekarang ini dan juga pada masa-masa yang mendatang.

Sebelum itu bagida dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan isteri, Puan Sri Zainah Othman di Istana Perlis Kuala Lumpur pada malam semalam.

Berangkat sama ialah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya