Raja Perlis hadir Majlis Santapan Malam sempena ulang tahun hari keputeraan - Utusan Malaysia

Raja Perlis hadir Majlis Santapan Malam sempena ulang tahun hari keputeraan

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-80 yang dihoskan oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid di Istana Perlis Kuala Lumpur, semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam bersempena dengan ulang tahun hari keputeraan baginda ke-80 yang dihoskan oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid di Istana Perlis Kuala Lumpur, semalam.

Turut berangkat pada majlis itu, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Tengku Fauziah bertitah, baginda berdua menzahirkan rasa sukacita kepada semua kerabat Diraja, sahabat handai, kenalan serta rakyat negeri Perlis yang telah bersusah payah mendoakan kesejahteraan serta mengucapkan selamat menyambut ulang tahun hari keputeraan Raja Perlis ke-80.

Baginda berdua mengucapkan terima kasih kepada yang menghantar jambangan bunga, pelbagai bentuk persembahan serta kek dan juadah-juadah istimewa bersempena sambutan tersebut dan menzahirkan rasa terharu atas ingatan semua.

“Beta juga menzahirkan rasa syukur atas pembedahan Tuanku Raja Perlis yang telah berjalan lancar dan kini dalam proses sembuh. Atas faktor usia, proses sembuh memakan sedikit masa tambahan lagi yang diperlukan,” titah baginda.

Akhir titah, Tuanku Tengku Fauziah turut mendoakan semoga agar  semua terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, ukhuwah dan silaturrahim yang utuh serta kasih sayang yang kekal terpelihara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya