R504AW sasar 330 rekrut setahun dari IPTA, IPTS - Utusan Malaysia

R504AW sasar 330 rekrut setahun dari IPTA, IPTS

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (berdiri, kiri) dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenaan menyaksikan majlis menandatangani MoA antara Rejimen 504 AW dan wakil IPTA serta IPTS di Chenang, Langkawi, Kedah semalam.-UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) menyasarkan seramai 330 orang rekrut baharu pasukan simpanan itu dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh Perlis.

Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ia adalah sebahagian daripada inisiatif diusahakan Rejimen 504 AW dalam fasa pembangunan pasukan simpanan pertahanan negara berkenaan.

“Rejimen 504 AW menyasarkan jumlah itu selepas menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama 11 buah IPTA dan IPTS di negeri Perlis.

“Daripada jumlah itu, rejimen ini menyasarkan setiap institusi mampu merekrut seramai 30 pelajar setahun menjadikan jumlah keseluruhan 330 anggota baharu bagi setiap tahun,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyaksikan majlis menandatangani MoA antara Rejimen 504 AW dan IPTA serta IPTS Perlis di sini, semalam.

Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji menandatangani bagi pihak rejimen.

Menandatangani bagi pihak institusi pula ialah ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli; Koordinator Latihan dan Strategik Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Dr. Khairul Afendy Hashim; Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Mejar (Kehormat) Abdul Malek Hassan dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle.

Berangkat sama pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang berada di Langkawi bagi menghadiri Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa (LIMA) 2023.

Seterusnya Tuanku Syed Faizuddin merangkap Komander Rejimen 504 AW bertitah, pelan itu dilaksanakan melalui kolaborasi antara rejimen itu bersama pihak awam menerusi tiga fasa hasil ilham Timbalan Komander serta para pegawai kanan rejimen itu.

“Fasa pertama melibatkan IPTA dan IPTS, fasa kedua adalah bersama agensi kerajaan serta swasta manakala fasa berikutnya kolaborasi bersama bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan juga Ahli Jawatankuasa Masjid.

“Ia sejajar dengan Pelan Strategik Hala Tuju Askar Wataniah 2022-2030 bagi mencapai 80,000 pengambilan anggota sukarela menjelang tahun 2025 dengan Perlis berkemungkinan besar merupakan negeri pertama yang melaksanakan inisiatif ini.

“Objektif utama rejimen untuk mencapai kekuatan anggota kepada satu nisbah satu bilangan anggota tetap dan perlu mengukuhkan lagi strategi promosi serta pengambilan agar lebih efisien dan efektif,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya