Proklamasi Melayu tiada kaitan pancing undi Melayu

Proklamasi Melayu tiada kaitan pancing undi Melayu

TUAN Ibrahim Tuan Man (kiri) ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) tidak pernah memberi keutamaan untuk menarik sokongan orang Melayu agar mengundi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang melalui Proklamasi Melayu yang ditandatangani.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Proklamasi Melayu juga tidak melibatkan isu parti politik sebaliknya di luar daripada kerangka politik. 

Malah, gagasan berkenaan juga tidak menjurus kepada komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sedia ada yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Kita rangka lebih awal sebelum ada apa-apa berita akan berlaku PRN lagi. Sepatutnya dilancar pada Mac, oleh itu ia tidak ada kaitan dengan PRN.

“Tetapi disebabkan ketika itu semua premis yang dimohon dibatalkan di saat akhir sebanyak empat kali, ia menimbulkan keadaan untuk kita putuskan operasi gagasan ini dilakukan melalui pertubuhan atau individu yang menandatangani dan menyokong proklamasi tersebut,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Kompleks Pas Kedah, hari ini.

Tuan Ibrahim juga menolak dakwaan yang mengaitkan kerjasama bersama bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam proklamasi tersebut ada kaitan dengan pembekuan akaun Bersatu.

“Tak ada kena mengena dengan pembekuan akaun Bersatu.  Kita terbuka menerima semua pihak yang mahu bersama dengan PN,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau menegaskan Pas tiada kaitan dengan dakwaan wujudnya komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan termasuk memiliki akuan sumpah berkanun (SD).

Namun, pihaknya bersedia terhadap sebarang kemungkinan, selagi perkara itu berada dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan dan proses demokrasi negara.

“Selagi dibenarkan undang-undang dalam sistem negara kita, kita anggap sebagai sah daripada aspek Perlembagaan. Kalau sekiranya ada gerakan, tak ada masalah dan tak wajar ada isu.

“Saya pun tidak tahu siapa yang mulakan dengan mainan nombor (SD). Kami tiada kaitan. Lagipun isu SD ini tidak melibatkan ia perlu dibawa kepada Perdana Menteri,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya