Proklamasi Melayu tanda Tun M pernah pinggir Melayu - Utusan Malaysia

Proklamasi Melayu tanda Tun M pernah pinggir Melayu

mahathir
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proklamasi Orang Melayu yang dibawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada waktu ini membuktikan beliau meminggirkan orang Melayu ketika memerintah negara ini selama 22 tahun dan 22 bulan.

Pengerusi Veteran UMNO Selangor, Datuk Ahmad Bahari Abdul Rahman mendakwa, tindakan Dr. Mahathir yang mengumumkan proklamasi itu dilihat sekadar usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tiada kepentingan pun untuk dia mengumumkan proklamasi itu, namun, apa yang kita semua nampak dengan jelas, ini merupakan usahanya hendak jatuhkan Anwar.

“Dia tercari-cari cara untuk menjatuhkan Anwar pada masa ini. Ini bukan soal kepentingan orang Melayu, tetapi adalah perebutan kuasa.

“Dia (Dr. Mahathir) menjadi Perdana Menteri untuk tempoh paling lama berbanding Perdana Menteri yang lain iaitu selama 22 tahun dan 22 bulan. Sekiranya orang Melayu masih mundur itu maksud Dr. Mahathir yang gagal,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambah Ahmad Bahari, rakyat juga semakin bijak untuk menilai niat sebenar Dr. Mahathir yang begitu agresif ‘memperjuang’ hak orang Melayu.

“Kalau nak cerita mengenai gagal majukan orang Melayu, kita tanya dia kenapa Melayu masih mundur? Dia jaga 22 tahun manakala Anwar baru menjaga negara ini sekitar enam bulan.

“Orang Melayu juga sema­kin bijak daripada dengan mudah bersama menggerakkan usaha yang didalangi Dr. Mahathir ini,” katanya.

Terdahulu beberapa pe­mimpin Pas termasuk Pre­siden, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan me­ngadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir dan menyatakan sokongan serta menandata­ngani Proklamasi Orang Melayu.­

Hadir sama dalam pertemuan itu Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya