Projek pembinaan didakwa lambat siap, pengguna bimbang keselamatan - Utusan Malaysia

Projek pembinaan didakwa lambat siap, pengguna bimbang keselamatan

KEADAAN sepanjang Jalan Perusahaan, Juru menuju ke Jalan Tok Kangar, Simpang Ampat, Pulau Pinang yang didakwa mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan sehingga mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Pengguna jalan raya di Jalan Tok Kangar, Simpang Ampat dekat sini, mempersoalkan berkenaan status projek pembinaan di sepanjang jalan itu yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan sehingga menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna.

Seorang pekerja swasta, Mohd. Asri Sulaiman, 43, mendakwa, projek pembinaan di sepanjang Jalan Perusahaan menuju ke Jalan Tok Kangar itu tidak menunjukkan tanda-tanda akan disiapkan memandangkan telah berjalan sejak lebih enam tahun lalu.

“Saya pun tak faham apa yang dilakukan pihak pemaju. Nak kata siap, tak ada rupa nak siap. Keadaan jalan tak juga elok.

“Kalau hari hujan, memang akan berlaku banjir kilat selepas jejantas di Jalan Perusahaan, Juru. Kemalangan juga memang pernah berlaku di sini.

“Hal ini sudah tentu mendatangkan kesulitan buat pengguna jalan raya di sini dan penduduk kerana laluan ini adalah laluan utama menuju Batu Kawan dan kawasan sekitar yang sering digunakan, selain turut mengalami masalah kesesakan yang teruk,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, seorang penghantar makanan, Ahmad Fauzi, 26, berkata, struktur jalan di sepanjang jalan tersebut iaitu kira-kira tiga kilometer dari Jalan Perusahaan sehingga Jalan Tok Kangar didapati berlubang selain keadaan jalan yang sempit.

“Sepanjang menggunakan jalan tersebut memang rasa tak selamat berikutan keadaan jalan yang berlubang-lubang. Kalau naik kereta mungkin kurang bahaya, tapi kalau pengguna motosikal risikonya tinggi.

“Kawasan di sepanjang jalan tersebut juga agak sempit dan amat sesak dengan kehadiran lori-lori muatan besar yang berulang-alik menggunakan laluan itu memandangkan ia adalah kawasan perindustrian yang begitu sibuk lebih-lebih lagi ketika waktu puncak,” katanya.

Sehubungan itu, dia menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera termasuk membuat tinjauan di kawasan tersebut bagi mengatasi masalah berkenaan.

Terdahulu, tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang jalan berkenaan mendapati kawasan tersebut sesak dengan lori, pengguna kereta dan motosikal selain keadaan jalan yang sempit berikutan kerja-kerja pembinaan yang dijalankan di kawasan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya