PRN Selangor: PH optimis menang 50 kerusi, sokongan Melayu meningkat - Utusan Malaysia

PRN Selangor: PH optimis menang 50 kerusi, sokongan Melayu meningkat

PH DUN
MOHD. Yahya Sahri (tengah) bersama tetamu yang menghadiri program itu hari ini. - UTUSAN /  ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pakatan Harapan (PH) optimis mampu memenangi sekurang-kuragnya 50 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Keyakinan itu bersandarkan faktor sokongan pengundi Melayu yang kian meningkat hasil kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di bawah Kerajaan Madani.

Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Mohd. Yahya Sahri berkata, hasil kaji selidik pihaknya mendapati sokongan itu kini bertambah mencecah 50 peratus selepas lebih enam bulan pentadbiran kerajaan.

“Namun, pemerhatian kita mendapati keadaan itu kini berubah terutama melibatkan penyokong Melayu yang semakin meningkat.

“Justeru, PH yakin mampu menang sekurang-kurangnya 50 daripada 56 kerusi DUN Selangor nanti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Mesra Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Tanjong Karang, hari ini.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tanjong Karang itu menambah, undi Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini pecah kerana wujud penyokong antara PH dan BN.

Jelas Mohd. Yahya, jentera PH sememangnya bersiap sedia sejak awal bagi menghadapi PRN di negeri ini.

“Persediaan jitu berkenaaan meliputi semua daerah termasuk di utara Selangor. Kerjasama menerusi Kerajaan Perpaduan kini juga semakin utuh dan diyakini mampu terus kekal menawan negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya